Wednesday, February 4, 2009

Vamos Nadal


Hari Ahad yang lepas (1 Feb) adalah final Kejohanan Grand Slam Terbuka Australia. Selama 2 minggu berturut-turut jagoan tennis dunia bermandikan keringat untuk memenangi salah satu kejohanan tennis terhebat diatas planet ini. Siapa tidak kenal Rafael Nadal iaitu jejaka yang berusia 22 tahun ini telah dinobatkan sebagai juara pada kali ini. Lawannya pada perlawanan akhir tersebut adalah Roger Federer iaitu pemenang kejohanan yang sama pada tahun 2006. Bermain selama 4 jam 20 minit sememangnya dua jagoan ini patut diberi pujian yang menggunung. Sikap professional dan bermain sehingga ke set penentuan telah memberi kemenangan kepada Nadal. Tidak disangka-sanagka nadal yang juga pemain no 1 dunia berjaya menyingkirkan Federer diset terakhir utk menang kelebihan 3-2. Apapun shabas juga kepada Federer dimana disaat menerima kalungan hadiah beliau tidak dapat menahan kesedihannya dengan menitiskan air mata tanda kekecewaannya dihadapan jutaan penyokong tenis dunia yang telah menyokongnya sehingga kehari ini. Tahniah untuk Nadal kerana merupakan pemain Sepanyol pertama memenagi kejuaraan tersebut. 'Vamos Nadal. Bravo Nadal. Nadal Championes'.

No comments:

Post a Comment