Friday, January 23, 2009

Baru siap edit video

Hahaha.. selama sehari suntuk aku duk melayan Adobe Premiere ni coz duk edit video coverstory si scha dan kamal ni... By the way scha and kamal sporting habis masa sesi fotografi baru2 ni. haha..
Aku sebagai cameraman ni gak mmg suka yang amat lah dapat berkerjasama dgn dua wajah baru yg sering muncul dikaca telibishen ni.. hahha.. korang suka ke idak teman tak kisah...

Wednesday, January 21, 2009

Kita sememangnya layak untuk tewas

Malam tadi di dalam rancangan Ally yang disiarkan di tv3 pada pukul 11 pm, Ally Iskandar yang juga pengacara rancangan tersebut tepat sekali memilih topik 'Adakah Malaysia akan layak ke piala dunia 2018'. Aku menonton rancangan itu dengan penuh minat kerana topik tersebut disiarkan secara langsung dan tetamu yang dijemput adalah personaliti bola sepak terkenal seperti Shebby dan juga Datuk Zakaria. Selain itu beberapa pemain bola sepak kini seperti Amri Yahyah, Khairol Anuar Baharom dan beberapa muka baru didalam pasukan liga super selangor juga dijemput.

Apa yang menarik minat aku lagi untuk menonton rancangan ini malam tadi adalah topik yang dibual itu adalah target pasukan bolasepak negara yang mahu menyertai Piala Dunia 2018. Agak lucu dan kelakar bagi sesetengah pihak berkenaan topik ini. Ini kerana jika kita lihat prestasi negara sejak kebelakangan ini sememangnya hasrat untuk ke piala dunia bak langit dengan bumi. Jika baru2 ini di piala suzuki di Thailand kita tewas kepada Vietnam dan negara Thai sendiri, inikan pula mahu layak ke piala dunia adalah mustahil. Ingin saya katakan, kita sekarang bukan sahaja bukan jaguh di Asia inikan pula ingin bertanding di piala dunia yang disertai pemain2 dan pesukan2 yang hebat belaka. Barang di ingat rangking kita di senarai FIFA adalah 158 dunia.

Apa Silapnya?
Jika kita lihat pasukan2 Asia lain seperti Jepun, Korea Selatan, Arab saudi dan juga Iran, mmg mereka mempunyai pasukan bola sepak yang hebat dan tidak dapat di sangkal lagi pemain2 dari pasukan ini telah pun bermain di Liga2 hebat didunia seperti EPL, La Liga, Bundesliga dan juga Seria A. Tapi dimana pemain kita?. Pernah dahulu pemain kita seperti Akmal Rizal Rakhli dan juga Khalid Jamlus dihantar keluar negara untuk mereka meneroka dan bermain di eropah katanya. Tp lihatlah sekarang dimana mereka kini. LIGA SUPER. Ingin saya beritahu silap siapakah didalam hal ini. Adakah Pemain, Pengurus atau peminat itu sendiri. Takkanlah peminat yang meminati EPL dan memperuntukkan lebih kurang 5 jam seminggu untuk menonton liga popular dunia ini dipersalahkan?. Mari kita lihat aspek pengurusan. Bola sepak di Malaysia di kuasai sepenuhnya oleh FAM. Jadi selama tertubuhnya FAM yang lebih kurang seusia Tanah Melayu ini apa yang telah meraka lakukan di dalam pembangunan bola sepak negara. Sebenarnya NOTHING! atau didalam bahasa Sepanyol 'NADHA'.

FAM 'the Destroyer'
Cuba lihat orang2 dibelakang tabir FAM itu sendiri. Dari yang berpangkat kecil hingga ke org besar2nya. Adakah mereka itu dikalangan bekas pemain negara?. Jawapannya tidak. mereka adalah dikalangan ahli2 politik yang mungkin suara mereka tidak lagi diguna pakai di Dewan Parlimen dan sekarang berhasrat ingin menerajui kerusi panas pengurusan bolas sepak negara. Perkara ini agak pelik sekali kerana jika kita lihat di German dan juga England. Peneraju2 pengurusan bola sepak di negara tersebut diterajui oleh bekas pemain negara tersebut. Sebut sahaja nama Frank Bankebeur, Sir Bobby Charlton, Pele, dan beberapa nama terkenal dahulu kini menarajui pengurusan bola sepak negara masing2. Tapi sebaliknya berlaku di negara kita. Politik dan agenda peribadi menguasai takhta pengurusan bolasepak kita.

Let's do somethin'
Jika benarlah kita berhasrat utk ke piala dunia, perancangan yang rapi dan tersusun mestilah dilakukan segera. Jika ingin kan hasil tuaian yang menjadi, apalah sangat berbelanja sedikit sekarang utk masa depan yang cerah. Kepada FAM saya ingin sarankan bukalah minda dan hati seperti mana bola sepak Asia lain telah lakukan. Sematkan jiwa dasar pandang ke timur yang mendalam lagi. Apalah sangat pemain kita dihantar ke Eropah tp didalam masa kurang setahun pemain itu blk kembali ke negara oleh kerana alasan rindukan kampung halaman dan nasi lemak telur mata. Kepada FAM berfikir waras lah ttg perkara ini. Pertama sekali hantarlah pemain2 muda negara bermain di negara2 asia dahulu. Jangan dok fikir nak hantar pemain terus ke Eropah. Hantar la pemain berbakat negara ke liga J atau liga Korea. Liga mereka setaraf lah! dengan liga2 utama dunia yang lain. Kenapa FAM tidak fikir perkara ini. Liga2 seperti di negara Asia Tengah tak kurang hebatnya. Tgk sehaja Kelab2 Arab selalu menjurai ACL. Jadi kepada FAM berfikir rasianal lah tentang perkara ini. Ini dek kerana pemain kita yang hanya duk pusing satu tanah melayu ini maka mentaliti pun tidak terbuka luas. Maka tewas adalah perkataan tepat yang selalu menghantui pasukan bolasepak negara. Biarlah mereka bermain di liga negara2 asia dahulu dan baru la kita fikir ke Eropah pula.

Ketika Artikel ini dibuat, malam semalam pasukan negara berdepan Pasukan UAE didalam kelayakan Piala Asia 2010. Jadi keputusannya Tanah Melayu 0 dan UAE 5. Kepada FAM lu pikir lah sendiri apa yang patut dilakukan selepas ini. Terima lah cadangan org2 biasa seperti aku. Jgn duk jadi katak di bawah tempurung. Kalu dah rasa kita tu dah tua so segera lah lucutkan jawatan tu. Biarla org yang sepatutnya menerajui kerusi2 panas di sana.

Ditulis oleh En. Brandon 10




Yezz Video

Ini adalah video yang aku edit untuk mempromosi majalah Yezz! keluaran Oktober 2008. haha ok tak.. kira ok la tu.. cincai..

revolusi linkin park

Seperti biasa ketika melakukan duti harian ku sebagai seorang pembuat laman web, tidak terlepas jari aku menaip perkataan youtube di search google. Setiap kali aku melayari laman web tersebut aku akan menonton v.clip2 linkin park yang terbaru. Aku amat meminati band yang berasal dari LA ini, sehinggakan poster band ini penuh di segenap penjuru bilik tidurku. Masih lagi aku teringat ketika aku berusia 16 tahun dan pada ketika itu aku masih lagi menuntut di bangku sekolah menengah. Kawan aku faisal yang telah memperkenalkan aku dengan muzik linkin park ini. Setelah mendengar kesemua lagu yang di muatkan di dalam album Hybrid Theory aku merasakan linkin park adalah band yang lain dari yang lain. kekuatan vocal Chester Bennington memenuhi pelusuk bilikku. Ibu ku pernah menegur lagu apekah yg dimainkan itu. Aku tahu ibuku tidak suka aku mendengar lagu2 seperti ini.

'the awesome' Chester Bennington
Chester Bennington adalah antara ahli yang paling baru selain Phoenix didalam band ini. kekuatan vocal chester tidak dapat disangkal lagi kerana beberapa buah lagu linkin park telah beberapa kali dicalonkan di anugerah berprestij seperti MTV award, American Music Award dan Brit Award. Selain dinaggatoi oleh chester bennington, band ini juga terdiri daripada 5 lagi ahli yang lain iaitu Mike shinoda, Phoenix, Joehahn, Brad Delson dan Rob Bourdon.

Setelah hampir sedekad linkin park menyerikan industri muzik dunia mereka telah pun mempunyai 5 album yang setakat ini telah terjual hampir 50 juta unit. Antara lagu yang masih lagi segar diingatan ku ialah In the end, Crawling, Papercut, Numb, Faint dan beberapa lagi lagu hits mereka seperti leave out of the rest, what i've done.

Firasat Beckham


MADRID: Pemain tengah Brazil, Kaka yang menolak tawaran rekod perpindahan dunia daripada Manchester City, mahu beraksi di Real Madrid musim depan, kata rakan sepasukannya di AC Milan, David Beckham.

“Kaka mahu ke Real Madrid dan bukan City. Saya jangka dia bakal bergelar pemain Real pada Jun nanti. Ada seseorang sudah menghubunginya dan itu antara faktor mendorong Kaka membuat keputusan,” kata bekas kapten England itu kepada seorang rakannya baru-baru ini seperti dipetik harian sukan Sepanyol, AS.

Akhbar terbabit juga melaporkan Kaka pernah bertanyakan Real kepada Beckham kerana pemain itu pernah mewakili kelab gergasi Sepanyol itu ketika musim 2003 dan 2007. - H.METRO

Obama memasuki White House sebagai Presiden AS


WASHINGTON 21 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memasuki White House untuk kali pertama sejak mengangkat sumpah jawatan semalam.

Beliau sebelum itu keluar dari kereta rasminya dan berjalan kaki sebahagian perjalanan ke White House dari bangunan Capitol AS di mana beliau telah mengangkat sumpah.

Obama juga dijadual mengambil beberapa langkah pertama sebagai Presiden di Oval Office yang diwarisinya daripada George W. Bush. - AFP


Brandon says: diharapkan Obama lebih mementingkan isu yg berlaku di gaza ketika ini. Yahudi laknatullah!!. allahuakbar