Tuesday, March 31, 2009

Kemenangan yang sudah dijangka




Tidak diduga nama aku terpilih untuk mewakili syarikat di kejohanan Tower Beach Soccer 2009 di Langkawi. Pemilihan disaat2 akhir itu oleh Pengerusi Kelab Sukan menyebabkan aku terpilih untuk ke Langkawi baru2 ini. Walhal ramai lagi pemain2 lain berbakat di syarikatku itu. Pada mulanya aku agak keliru dan takut jugak kerana salah satunya ramai rakan2 ku yang lain tidak tahu akan perkara ini. Jika mereka tahu mesti mereka akan jeles dan munkin akan muncung utk beberapa hari. Tetapi itu bukan perkara penting bg aku. Apa yang aku gusarkan sekarang adalah kecederaan lutut ku yang agak ketara apatah lagi kejohanan ini adalah kejohanan besar dan ia adalah bola sepak pantai. Aku terus berdiam diri dan tidak memberitahu sesiapa akan kecederaan ku ini kerana risau nama ku akan di 'drop'. Ahaks.

Skuad syarikat ku yang pergi kali ini boleh dikatakan skuad cap ayam. Apatah lagi ini lah pertama kali aku bergandingan dengan mereka semua. Entah semena-mena pula salah seorang dari skuad kami menarik diri di saat akhir. Makin pening lagi kepala pengurus pasukan iaitu saudara Izahar atan untuk mencari player lain di saat akhir ini. Tetapi tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Saudara Izahar berjaya juga mencari player baru iaitu dua adik beradik yang diimport dari Gurun Kedah.

Kami bertolak ke Langkawi dgn Bas. Didalam bas itu pula sume adalah musuh kami. Bukan musuh perang. Tp musuh atau team2 yg bakal kami tentang di kejohanan itu nanti. Antaranya skuad TV3, NST, METRO dan juga skuad selebriti. Ketika hari kejohanan tersebut perlawanan demi perlawanan kami tempuh dan mmg nyata tuah mmg berpihak kpd kami walaupun skuad yg dikatakan cap ayam pada mulanyer ini berkucar-kacir cara permainan. Ini adalah keputusan perlawanan yg dilalui skuad aku.

Karangkraf vs Selebriti B - 5 - 1
Karangkraf vs Sinar FM - 3 - 2

Suku Akhir
Karangkraf vs Menara KL - 3 - 1

Separuh Akhir
Karangkraf vs TV3 - 2 - 0

Akhir
Karangkraf vs RTM - 6 - 4

Kemenangan ini adalah sgt bermakna bagiku kerana dah la dapat melancong ke Langkawi the menang main bola pulak tu. BEST WOOO...