Friday, February 20, 2009

My sevens ambition


Best gak bercerita pasal cita2 ni kan. Sebab aku percaya dahulu korang sume mesti ada banyak cita2 kan. Teringat dahulu waktu sekolah rendah, kalu cikgu aku tanya 'Kalu awak besar nanti awak nak jadi ape?' Kebanyakan beseloroh menjawab nak jadik Askar, Bomba, Polis, Doktor dan byk lagi lar. Hahaha. Sama la kes ni cam aku. Tak tersangka plak aku sekarang ni jadi web designer. Satu kerjaya yang mungkin tiada didalam fikiranku ketika aku bersekolah. Tidak terlintas lansung untuk aku bergelar seorang designer sebelum ini. Tetapi apakan daya anugerah tuhan yang diberikan kepada aku adalah kepakaran untuk menjadi seorang designer.

Maybe korang ada byk cita2 dimasa kecik dahulu kan?. Maybe bukan waktu kecik lar. Sekarang pun ada lagi cita2 korang tu. Cuma korang tak dapat laksanakan kerana diluar bidang pengajian korang atau korang tiada bakat untuk merealitikan cita2 korang tu.

Percaya atau tidak aku mempunyai 7 cita2 yang mungkin aku gapai atau pun tak mampu untuk aku laksanakan kerana faktor usia, bakat dan kewangan yang menjadi penghalang.

1) Askar/ Tentera armada.
Aku dulu bercita2 nak jadik askar. Masa tu waktu aku sekolah rendah lar. Kesnya aku terlalu terpengaruh menonton citer kombat cam Airwolf dan citer Rambo. Pergh dapat pegang senapang tu beb. Pastu tembak penjahat. Penjahat sume mati pastu aku sorang jer tinggal kat hutan tu. huhuhu.. Tp tu sume angan2 aku ler waktu kecik dulu. Lagi satu bile jer cikgu aku tanya 'Zul awk nak jadi ape bile besar nanti' so benda pertama yang senang nak dijawab adalah jadik askar lar.. hahaha..


2) Superman
Ahaks. Agak alwak jugak cita2 ni. tetapi itu lar realiti kita bile dah terpengaruh dengan hero pujaan hati. Aku nak jadik superman. Aku nak terbang dan selamatkan bumi dari alien yang datang dari planet pluto. Kalu diorang tak nak fight gaduh2 aku nak ajak alien tu lwn bola. Pilihan Dunia lwn Pilihan Planet Pluto. hahaha. Ape yg aku merepek ni. Tapi mmg itu ler cita2 aku masa aku kecik dulu. Nak jadik superman. Aku igt lagi lepas jer blk sekolah aku pun pun amik kain tuala nenek aku gantung kat ampaian pastu aku ikat kat leher. pastu aku naik basikal keliling kampung. hahha lawak tak.. Si Ita anak Kak cik besah tgk aku semacam jer bila aku ronda2 naik basikal berpakaian superman tu.. Dia syok kat aku kot. Apepun mesti korang ada cita2 nak jadik superhero korang sendirikan dulu. AHAKS.

3) Bintang Bolasepak cam Zidane
Huish besar tu cita2 tu. Kes minat yang dah sebati dah dlm jiwa aku dengan bola sepak ni. Aku aktif gak main bola waktu sekolah menengah. Posisi aku dulu aku main striker. Mmg tugas aku tukang jaring gol lar. Pada masa tu aku pun study mmg aku lupe terus. Mmg giler bola ler kan. Makan bola, tido bola, berak bola.. Apepe pun pasal bola lar. Tp cita2 aku nak jadik player bola hebat mmg tak kesampaian la. Bakat yang aku miliki tak sampai tahap state or nasional team lagi. Main utk kompeni boleh lar. hahaha.

4) Pengarah Filem/ Penulis Skrip.
Minat dan kecenderungan aku dalam seni ni tak dapat aku padam hinggal kehari ini. Aku mmg minat giler membuat filem atau berimaginasi menulis skrip. Byk dah filem2 bodoh dah aku wat masa studi kat kolej dulu. Member2 aku sume dah giler glamor so senang la keje untuk aku mengjadi tuan direktor. Antara pengarah2 filem yang menjadi pujaan hatiku sehingga kini ialah Michael Bay, Steven Spealberg, James Cameroon, Clint Eastwood dan ramai lagi lar. Maybe suatu hari nanti aku akan buat jugak filem dan akan di mainkan di layar perak. pergh...

5) Penyanyi cam David Cook
Kalu cita2 ni aku tahu korang sume pun bercita2 nak jadik penyanyi. So tak heran lar AF, OIAM terus mendapat tempat dihati semua orang yang ingin nak jadik penyanyi. Korang tgk lar kalu kat audition tu, beratur panjang jer diorg ni. Cuba plak kalu disuruh beratur panjang kat ATM tu. mmg korang rasa rimas kan duk menunggu Bangla duk pening nak keluarkan duit diorg kat mesin tu, tp tak tahu nak wat camne. Hahaha. Kalu beratur panjang nak gi audition AF mesti koRang sanggupkan. Aku pun naik heran lar. Ramai betul org kat Malaysia ni nak jadik penyanyi sehinggakan kalu sesi audition penuh jer. Oleh kerana sebab itu lar aku terpaksa melupakan kan cita2 aku nak jadik penyanyi ni. Lagi pun aku tahu aku tak de suara yang best nak melalak cam korang sume. Cukup lar aku melalak depan PC aku kat umah tu sambil menyanyi lagu David Cook. hahaha.

6) Pengualas/ Pembaca Berita Sukan.
Minat ni timbul kes aku rasa aku pun boleh mengulas perlawanan bolasepak. Masa studi kat kolej dulu aku ni kan suke sgt menonton bola. So masa ada jer game bola kat Tibi aku tgk ler. Aku tutup dinyer sound. Pastu aku duk ulas sendiri. Perghh. Best gak kalu dapt diberikan peluang jadik pengulas atau pembaca berita sukan ni. Hentam jer lar.. ahaks..

7) Pengurus Pasukan Bolasepak
Aku minat sgt ngan sukan ni kerana bagi aku sukan ni adalah seni yg menabjubkan. So kalu dah ia seni, mmg kita kene pandai lah dan kreatif menjana sukan ni. Bolasepak adalah sukan yang taktikal. Aku beharapa suatu masa nanti aku dpt jadik coach bola atau manager bola cam En. Jose Mourinho, Rafael Benitez, Sir Alex Ferguson dan ramai lagi pengurus2 yang hebat atas muka bumi ni. Aku mmg nak melatih team aku sendiri dan beli pemain yang aku suke dan wat formasi2 taktikal yang boleh menghasilkan kemenangan. Ahakas..

Actually byk lagi cita2 aku dulu. Macam2 kan. So aku rasa korang pun ada jugak cita2 korang. Cuma buat masa sekarang aku dah ditakdirkan menjadi Web designer. Huhuhu. Aku tahu diantara ketujuh2 cita2 aku tadi ada yang aku rasa boleh lagi digapai jika aku berusaha keras dan sedikit peluang dan tuah. Cam korang sume jgn lar berhenti mengejar cita2 korang kerana bile korang melakukan pekerjaan yang korang minat dan suka, aku pasti korang sume akan berjaya dalam hidup. huhuhu. Di zaman skang pulak korang jgn la memilih plak pasal kerja ni. Bersyukur la ngan kerjaya korang skang ni. Kat luar negara dah berapa byk kompeni dah bankrup dan buang pekerja. Korang jgn la memilih kerja plak yer. Igt lar rezeki dtg dari allah S.W.T. Syukur dgn pemberianNya.

Wednesday, February 18, 2009

Cinema! cinema! cinema!


Aku rasa didalam bulan ni adalah bulan yang paling kerap aku pegi menonton wayang. Malam semalam pun dah si Y tu ajak, maka malas nak dgr dia berleter jadik aku pun teman lar dia tgk wayang. Sampai jer kat sunway piramid kitaorg terus naik kat level yg ada tgv tu. Pergh.. byk2 list kat situ aku tak tahu nak tgk citer ape. Salah satu sebab coz mostly citer yg ditayang kan tu dah aku tgk. Tukang jaga kaunter tiket wayang tu pun dah cam muka aku rasanyer coz sebelum ini dalam seminggu mesti dua kali aku kuar gi tgk wayang.

Ketika aku dan si Y tu pening nak memilih citer ape yg patut ditgk, aku terpandang la poster besar citer The Curious Case of Benjamin Button. Jadik tanpa syak wangsangka lg aku pun decide la nak tgk citer tu. Si Y bukan main seronok, coz hero citer tu adalah abg Brad Pitt a.ka. En. Troy. Hahaha.

Berlatar belakangkan era perang dunia pertama dan kedua, citer ni mmg tak bosan sgt la nak ditonton, especially kalu org tu minat sgt lakonan brad pitt ni. Aku amat suke sekali jalan citer ni. Satu persatu jalan citer dia cuba membantu penonton menghayati siapakah Benjamain button ni. Biar aku citer skit, Benjamin button ni adalah seorg yang dilahirkan yang tidak normal seperti bayi2 lain. Beliau dilahirkan dengan sifat janggal, dimana dia terpaksa mengalami masa tua dahulu dan sehingga la dia menjadi muda dan kemudian kanak2 dan seterusnya bayi yg comel.

Apapun aku bagi 5 bintang la kat citer ni. Best yang amat. Citer ni lain dari yang lain dan dengan skrip yang genius.

Pergi la nonton ya.. sokong la industri Hollywood.

Wednesday, February 4, 2009

Vamos Nadal


Hari Ahad yang lepas (1 Feb) adalah final Kejohanan Grand Slam Terbuka Australia. Selama 2 minggu berturut-turut jagoan tennis dunia bermandikan keringat untuk memenangi salah satu kejohanan tennis terhebat diatas planet ini. Siapa tidak kenal Rafael Nadal iaitu jejaka yang berusia 22 tahun ini telah dinobatkan sebagai juara pada kali ini. Lawannya pada perlawanan akhir tersebut adalah Roger Federer iaitu pemenang kejohanan yang sama pada tahun 2006. Bermain selama 4 jam 20 minit sememangnya dua jagoan ini patut diberi pujian yang menggunung. Sikap professional dan bermain sehingga ke set penentuan telah memberi kemenangan kepada Nadal. Tidak disangka-sanagka nadal yang juga pemain no 1 dunia berjaya menyingkirkan Federer diset terakhir utk menang kelebihan 3-2. Apapun shabas juga kepada Federer dimana disaat menerima kalungan hadiah beliau tidak dapat menahan kesedihannya dengan menitiskan air mata tanda kekecewaannya dihadapan jutaan penyokong tenis dunia yang telah menyokongnya sehingga kehari ini. Tahniah untuk Nadal kerana merupakan pemain Sepanyol pertama memenagi kejuaraan tersebut. 'Vamos Nadal. Bravo Nadal. Nadal Championes'.