Wednesday, January 21, 2009

revolusi linkin park

Seperti biasa ketika melakukan duti harian ku sebagai seorang pembuat laman web, tidak terlepas jari aku menaip perkataan youtube di search google. Setiap kali aku melayari laman web tersebut aku akan menonton v.clip2 linkin park yang terbaru. Aku amat meminati band yang berasal dari LA ini, sehinggakan poster band ini penuh di segenap penjuru bilik tidurku. Masih lagi aku teringat ketika aku berusia 16 tahun dan pada ketika itu aku masih lagi menuntut di bangku sekolah menengah. Kawan aku faisal yang telah memperkenalkan aku dengan muzik linkin park ini. Setelah mendengar kesemua lagu yang di muatkan di dalam album Hybrid Theory aku merasakan linkin park adalah band yang lain dari yang lain. kekuatan vocal Chester Bennington memenuhi pelusuk bilikku. Ibu ku pernah menegur lagu apekah yg dimainkan itu. Aku tahu ibuku tidak suka aku mendengar lagu2 seperti ini.

'the awesome' Chester Bennington
Chester Bennington adalah antara ahli yang paling baru selain Phoenix didalam band ini. kekuatan vocal chester tidak dapat disangkal lagi kerana beberapa buah lagu linkin park telah beberapa kali dicalonkan di anugerah berprestij seperti MTV award, American Music Award dan Brit Award. Selain dinaggatoi oleh chester bennington, band ini juga terdiri daripada 5 lagi ahli yang lain iaitu Mike shinoda, Phoenix, Joehahn, Brad Delson dan Rob Bourdon.

Setelah hampir sedekad linkin park menyerikan industri muzik dunia mereka telah pun mempunyai 5 album yang setakat ini telah terjual hampir 50 juta unit. Antara lagu yang masih lagi segar diingatan ku ialah In the end, Crawling, Papercut, Numb, Faint dan beberapa lagi lagu hits mereka seperti leave out of the rest, what i've done.

No comments:

Post a Comment