Wednesday, January 21, 2009

Firasat Beckham


MADRID: Pemain tengah Brazil, Kaka yang menolak tawaran rekod perpindahan dunia daripada Manchester City, mahu beraksi di Real Madrid musim depan, kata rakan sepasukannya di AC Milan, David Beckham.

“Kaka mahu ke Real Madrid dan bukan City. Saya jangka dia bakal bergelar pemain Real pada Jun nanti. Ada seseorang sudah menghubunginya dan itu antara faktor mendorong Kaka membuat keputusan,” kata bekas kapten England itu kepada seorang rakannya baru-baru ini seperti dipetik harian sukan Sepanyol, AS.

Akhbar terbabit juga melaporkan Kaka pernah bertanyakan Real kepada Beckham kerana pemain itu pernah mewakili kelab gergasi Sepanyol itu ketika musim 2003 dan 2007. - H.METRO

No comments:

Post a Comment